Sunday 16 May 2010

TARIAN ZAPIN YA LADAN N ULIK MAYANG

Pada 16 hb Mei 2010 yang lalu,Kelab Reka Cipta SMKAH telah terlibat dalam persembahan pada Sambutan Hrai Guru peringkat sekolah itu.Dengan bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa,majlis tersebut telah diserikan lagi dengan penglibatan aktif dan secara kreatif oleh ahli Kelab reka Cipta SMKAH.Untuk itu,kami telah mempersembahkan dua tarian untuk majlis tersebut iaitu Tarian Zapin Ya Ladan dan Ulik Mayang.Sesungguhnya,di atas berkat dan kesungguhan para pelajar ini dalam masa 5 hari,mereka telah menunjukkan satu persembahan yang benar -benar mantap dan jika diberi peluang lagi,pastinya mereka ingin mempersembahkan lagi kebolehan mereka di atas pentas seni...Ketua Panitia Reka Cipta SMKAH iaitu saudara Mohd Sobri Bin Mohd Rosdi telah bertindak selaku guru pembimbing bagi persembahan ini .Dan tidak lupa juga kepada cikgu praktikal Cikgu Husna dan Cikgu Betty yang banyak menolong dalam memantapkan lagi persembahan pasukan zapin dan ulik mayang ini.Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Hari Guru peringkat SMKAH ini..