Monday 7 June 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG & HARI KO-KURIKULUM SMKAH 2010

Baru baru ni iaitu pada 27hb mei yang lepas telah berlangsung Hari Anugerah Cemelang dan Hari Ko-Kurikulum SMK Ayer Hitam.Kedua -dua majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan diserikan lagi dengan kehadiran Dato Maznah Hamid selaku perasminya pada hari itu.Pihak Kelab Reka Cipta SMKA juga ingin merakamlan sejuta tahniah kepada pelajar reka cipta dan ahli kelab reka cipta yang mendapat hadiah dan penghargaan pada hari tersebut.Dan tahniah juga buat Panitia Reka Cipta yang masih lagi mengungguli carta panitia terbaik...Bagi pihak kelab reka,kami telah mengambil bahagian dengan membuka gerai burger dan roti john.Alhamdulillah,gerai kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan berjaya mendapat kutipan kedua tertinggi untuk jualaN gerai pada hari itu.Selain daripada gerai,kami juga menjual penanda buku'hand-made' sempena untuk meraikan kedua-dua majlis ini.Kepada para pelanggan yang menginginkan nama mereka terpahat di atas penanda buku tersebut,kami membuat nya dengan cara yang cukup kreatif sekali.Terima kasih kepada semua pelanggan yang berurusan dengan kami.MoGa pada tahun mendatang,kita boleh berkerjasama lagi...terima kasih daun keladi buat semua...