bArU-bArU ini,bertempat di Kolej Komuniti Bandar Baru Darul Aman,telah di adakan satu Bengkel Aplikasi Lukisan Berbantukan Komputer (AUTOCAD).Kursus ini telah dijayakan dengan kerjasama Panitia Reka Cipta dan PIBG SMKAH.Kursus jangka pendek yang berlangsung pada 05-06 hb 7 2010 ini telah di bahagikan kepada 2 bahagian.Bahagian yang pertama iaitu pada hari pertama dikhaskan untuk para pelajar tingkatan 5 dan pada hari seterusnya pula di tempatkan para pelajar tingkatan 4.Para pelajar tingkatan 5 dikehendaki untuk membuat lukisan teknikal mereka untuk melengkap final folio rc SPM mereka untuk tahun ini.Lukisan teknikal yang dimaksudkan ialah Lukisan Isometrik,Oblik,Ceraian,Rendering dan Ortografik.Manakala,bagi pelajar tingkatan 4 pula ditekan kan aspek asas pembelajaran bagi modul AUTOCAD tersebut.Antara guru yang terlibat untuk bengkel tersebut ialah Encik Mohd Sobri Bin Mohd Rosdi dan Encik Zainol bin Abdun@Mohamed.Dan bengkel ini juga di bantu oleh seorang bekas guru praktikum SMKAH iaitu Encik Mohd Iskandar.Dan di antara tenaga pengajar yang telah bertungkus lumus pada hari tersebut ialah................................Akhirnya,di harapkan agar Kursus Jangka Pendek Aplikasi Lukisan Berbantukan Komputer (CAD) ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dan di harapkan agar kecemerlangan para pelajar reka cipta SMK Ayer Hitam dan Panitia Reka Cipta SMKAH berterusan.
Monday, 5 July 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)