Monday, 5 July 2010

BENGKEL AUTOCAD 2010






bArU-bArU ini,bertempat di Kolej Komuniti Bandar Baru Darul Aman,telah di adakan satu Bengkel Aplikasi Lukisan Berbantukan Komputer (AUTOCAD).Kursus ini telah dijayakan dengan kerjasama Panitia Reka Cipta dan PIBG SMKAH.Kursus jangka pendek yang berlangsung pada 05-06 hb 7 2010 ini telah di bahagikan kepada 2 bahagian.Bahagian yang pertama iaitu pada hari pertama dikhaskan untuk para pelajar tingkatan 5 dan pada hari seterusnya pula di tempatkan para pelajar tingkatan 4.Para pelajar tingkatan 5 dikehendaki untuk membuat lukisan teknikal mereka untuk melengkap final folio rc SPM mereka untuk tahun ini.Lukisan teknikal yang dimaksudkan ialah Lukisan Isometrik,Oblik,Ceraian,Rendering dan Ortografik.Manakala,bagi pelajar tingkatan 4 pula ditekan kan aspek asas pembelajaran bagi modul AUTOCAD tersebut.Antara guru yang terlibat untuk bengkel tersebut ialah Encik Mohd Sobri Bin Mohd Rosdi dan Encik Zainol bin Abdun@Mohamed.Dan bengkel ini juga di bantu oleh seorang bekas guru praktikum SMKAH iaitu Encik Mohd Iskandar.Dan di antara tenaga pengajar yang telah bertungkus lumus pada hari tersebut ialah................................Akhirnya,di harapkan agar Kursus Jangka Pendek Aplikasi Lukisan Berbantukan Komputer (CAD) ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dan di harapkan agar kecemerlangan para pelajar reka cipta SMK Ayer Hitam dan Panitia Reka Cipta SMKAH berterusan.








































Monday, 7 June 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG & HARI KO-KURIKULUM SMKAH 2010

Baru baru ni iaitu pada 27hb mei yang lepas telah berlangsung Hari Anugerah Cemelang dan Hari Ko-Kurikulum SMK Ayer Hitam.Kedua -dua majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan diserikan lagi dengan kehadiran Dato Maznah Hamid selaku perasminya pada hari itu.Pihak Kelab Reka Cipta SMKA juga ingin merakamlan sejuta tahniah kepada pelajar reka cipta dan ahli kelab reka cipta yang mendapat hadiah dan penghargaan pada hari tersebut.Dan tahniah juga buat Panitia Reka Cipta yang masih lagi mengungguli carta panitia terbaik...Bagi pihak kelab reka,kami telah mengambil bahagian dengan membuka gerai burger dan roti john.Alhamdulillah,gerai kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan berjaya mendapat kutipan kedua tertinggi untuk jualaN gerai pada hari itu.Selain daripada gerai,kami juga menjual penanda buku'hand-made' sempena untuk meraikan kedua-dua majlis ini.Kepada para pelanggan yang menginginkan nama mereka terpahat di atas penanda buku tersebut,kami membuat nya dengan cara yang cukup kreatif sekali.Terima kasih kepada semua pelanggan yang berurusan dengan kami.MoGa pada tahun mendatang,kita boleh berkerjasama lagi...terima kasih daun keladi buat semua...
























































Sunday, 16 May 2010

TARIAN ZAPIN YA LADAN N ULIK MAYANG

Pada 16 hb Mei 2010 yang lalu,Kelab Reka Cipta SMKAH telah terlibat dalam persembahan pada Sambutan Hrai Guru peringkat sekolah itu.Dengan bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa,majlis tersebut telah diserikan lagi dengan penglibatan aktif dan secara kreatif oleh ahli Kelab reka Cipta SMKAH.Untuk itu,kami telah mempersembahkan dua tarian untuk majlis tersebut iaitu Tarian Zapin Ya Ladan dan Ulik Mayang.Sesungguhnya,di atas berkat dan kesungguhan para pelajar ini dalam masa 5 hari,mereka telah menunjukkan satu persembahan yang benar -benar mantap dan jika diberi peluang lagi,pastinya mereka ingin mempersembahkan lagi kebolehan mereka di atas pentas seni...Ketua Panitia Reka Cipta SMKAH iaitu saudara Mohd Sobri Bin Mohd Rosdi telah bertindak selaku guru pembimbing bagi persembahan ini .Dan tidak lupa juga kepada cikgu praktikal Cikgu Husna dan Cikgu Betty yang banyak menolong dalam memantapkan lagi persembahan pasukan zapin dan ulik mayang ini.Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Hari Guru peringkat SMKAH ini..





Wednesday, 28 April 2010

KURSUS BTN DI KEM TASIK MERANTI ,KAKI BUKIT PERLIS


bersama Pengerusi Kelab Reka Cipta SMKAH....


Bermula 26 hb 3 hingga 29 hb 3 2010,semua pengerusi majlis bagi kelab-kelab dan persatuan dalaman sekolah serta badan pengawas di kehendaki menjalani kursus BTN di Kem Tasik Meranti,Kaki Bukit Perlis.
Oleh hal yang demikian,Kelab Reka Cipta SMKAH telah di wakili oleh pengerusi kelab iaitu saudari NurAzlin.Pelabagai aktiviti telah di rancang oleh pihak pengurusan antaranya ialh LDK,Rock Climbing,Flying Fox,Merentas Desa dan sebagainya.
Di harapkan agar semua pelajar yang menghadiri kem ini dapat memanfaatkan segala apa yang terkandung di dalam program ini dan dapat menjadikan program ini sebagai batu loncatan ke arah pemantapan sahsiah,akhlak dan akademik yang cemerlang,gemilang dan terbilang....










Friday, 23 April 2010

AJK KELAB REKA CIPTA SMKAH 2010





MOTO KELAB:
REKA CIPTA PENGGERAK DAYA MINDA YANG INOVATIF,KREATIF DAN KRITIS


AJK KELAB REKA CIPTA SMKAH 2010
PENAUNG :
TUAN HAJI CHE HALIM BIN SAID
(PENGETUA SMKAH)
PUAN NOR'AINI BT ABDULLAH
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
GURU PENASIHAT:
1)ENCIK MOHD SOBRI BIN MOHD ROSDI
2) ENCIK ZAINOL BIN ABDUN@MOHAMAD
&
AJK PELAJAR...
Pengerusi : Nor Azlin binti Zakariya
Timbalan Pengerusi ; Jalidah Hidayahti binti Zainurin
Setiausaha:Shahira binti Azizan
Penolong Setiausaha:Nor Farhahdina binti Ismail
Bendahari:Fatin Nabila binti Mustafa
Penolong Bendahari:Mohd Syazwan bin Azlee
Biro Kebajikan : Mohammad Noor Farhan bin Ahmad(K)
:Siti Roida binti Zulkifli
Biro Keceriaan:Nurul Mazni binti Abd Wahab(K)
:Khairul Azhar bin Che Ros
Biro Protokol: Noor Shah Haslinda binti Romli(K)
:Mohammad Amirul Shafis bin Ibrahim
Biro Publisiti:Sharmine Atikah binti Sanusi(K)
:Amirul Aswad bin Rusli
Biro-Biro Tugas Khas: Ika Suziana bt Ahmad Sobri(K)
:Nur Shafiqah bt Roslan


Sunday, 18 April 2010

TEMA FOLIO & ARTIFAK REKACIPTA 2011

SALAM 1MALAYSIA...
kepada semua warga REKACIPTA SMK AYER HITAM........

1.0 PENGUMPULAN

1.1 Bidang

Kepenggunaan.

1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti
pengajaran/pembelaj aran
/pengurusan bilik darjah/bilik khas (bengkel/makmal
dan sebagainya) di sekolah.

1.3 Pengenalan

Mengumpul bahan/alatan sering berlaku dalam proses
pengajaran/pembelaj aran /pengurusan bilik darjah/
bilik khas (bengkel/makmal dan sebagainya)
di sekolah.

1.4 Takrif

Pengumpulan merupakan satu proses kerja mengumpul /
menghimpun bahan/alatan yang berselerak.

Kamus Dewan : Pengumpulan : perihal atau perbuatan
mengumpulkan, penghimpunan.
mengumpulkan : menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda
yang berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok.

1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk mengumpul/menghimpu n bahan/alatan dalam proses pengajaran/pembelaj aran/pengurusan bilik darjah/bilik khas ( bengkel/makmal dan sebagainya) di sekolah.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk mengumpul/menghimpu n bahan/alatan adalah menarik/menolak/ menyedut/ mencengkam/ menyepit/ mencucuk/ mengaut/menyembu r/mengait/ menyapu/menyodok /menguis.

2.0 PEMINDAHAN

1.1 Bidang

Pengangkutan.

1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti memindah pelbagai barangan dari satu tempat ke tempat lain.

1.3 Pengenalan

Memindah merupakan satu proses kerja yang dilakukan untuk mengalih pelbagai jenis barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.4 Takrif

Pemindahan merupakan satu proses kerja untuk mengalih pelbagai jenis barangan dari satu tempat ke tempat lain.

Kamus Dewan : Pemindahan : perbuatan memindahkan
(mengalihkan)
memindahkan : meletakkan ke tempatlain
mengalihkan ke tempat
1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk memindah/mengalih pelbagai jenis barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk memindah/mengalih adalah menarik/menolak/ mengangkat/ menyorong/ menggelonsor/ mengangkut/
menggolek/menyalur/ melontar/ membaling/ meluncur.

3.0 PENUAIAN (HARVESTING)

1.1 Bidang

Pertanian.

1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti memungut hasil tanaman
atau ternakan.

1.3 Pengenalan

Menuai merupakan satu proses kerja yang perlu dilakukan untuk memungut hasil tanaman atau ternakan.

1.4 Penuaian merupakan satu proses kerja untuk memungut hasil tanaman atau ternakan.

Kamus Dewan : Penuaian : perihal menuai, pengetaman.

1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk menuai/memungut hasil tanaman
atau ternakan.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk menuai/memungut hasil tanaman
atau ternakan adalah menarik/mengetam/ memotong/ menujah/memetik/ mencabut/mengait/ menyabit/ menjaring/ memukat/menanggu k/memulas/ memerah/menggali/ mencantas.

sekian,terima kasih

EN MOHD SOBRI BIN MOHD ROSDI
SMK AYER HITAM_2010

KURSUS BLOG SUBJEK DI SMK JITRA...

Salam 1MALAYSIA...
19/04/2010...bertempat di Makmal Bestari di SMK JITRA telah berlangsung kursus penyediaan blog bagi semua Setiausaha Subjek bagi matapelajaran teknik dan vokasioanal bagi daerah Kubang Pasu.Kursus ini telah di kendalai kan oleh pakar ICT iaitu En Jafri(SMK TATAR) dan en Zakaria (SMK JITRA)...