Sunday 18 April 2010

TEMA FOLIO & ARTIFAK REKACIPTA 2011

SALAM 1MALAYSIA...
kepada semua warga REKACIPTA SMK AYER HITAM........

1.0 PENGUMPULAN

1.1 Bidang

Kepenggunaan.

1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti
pengajaran/pembelaj aran
/pengurusan bilik darjah/bilik khas (bengkel/makmal
dan sebagainya) di sekolah.

1.3 Pengenalan

Mengumpul bahan/alatan sering berlaku dalam proses
pengajaran/pembelaj aran /pengurusan bilik darjah/
bilik khas (bengkel/makmal dan sebagainya)
di sekolah.

1.4 Takrif

Pengumpulan merupakan satu proses kerja mengumpul /
menghimpun bahan/alatan yang berselerak.

Kamus Dewan : Pengumpulan : perihal atau perbuatan
mengumpulkan, penghimpunan.
mengumpulkan : menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda
yang berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok.

1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk mengumpul/menghimpu n bahan/alatan dalam proses pengajaran/pembelaj aran/pengurusan bilik darjah/bilik khas ( bengkel/makmal dan sebagainya) di sekolah.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk mengumpul/menghimpu n bahan/alatan adalah menarik/menolak/ menyedut/ mencengkam/ menyepit/ mencucuk/ mengaut/menyembu r/mengait/ menyapu/menyodok /menguis.

2.0 PEMINDAHAN

1.1 Bidang

Pengangkutan.

1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti memindah pelbagai barangan dari satu tempat ke tempat lain.

1.3 Pengenalan

Memindah merupakan satu proses kerja yang dilakukan untuk mengalih pelbagai jenis barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.4 Takrif

Pemindahan merupakan satu proses kerja untuk mengalih pelbagai jenis barangan dari satu tempat ke tempat lain.

Kamus Dewan : Pemindahan : perbuatan memindahkan
(mengalihkan)
memindahkan : meletakkan ke tempatlain
mengalihkan ke tempat
1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk memindah/mengalih pelbagai jenis barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk memindah/mengalih adalah menarik/menolak/ mengangkat/ menyorong/ menggelonsor/ mengangkut/
menggolek/menyalur/ melontar/ membaling/ meluncur.

3.0 PENUAIAN (HARVESTING)

1.1 Bidang

Pertanian.

1.2 Fokus

Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti memungut hasil tanaman
atau ternakan.

1.3 Pengenalan

Menuai merupakan satu proses kerja yang perlu dilakukan untuk memungut hasil tanaman atau ternakan.

1.4 Penuaian merupakan satu proses kerja untuk memungut hasil tanaman atau ternakan.

Kamus Dewan : Penuaian : perihal menuai, pengetaman.

1.5 Aplikasi

Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk menuai/memungut hasil tanaman
atau ternakan.

1.6 Kaedah

Kaedah yang mesti digunakan untuk menuai/memungut hasil tanaman
atau ternakan adalah menarik/mengetam/ memotong/ menujah/memetik/ mencabut/mengait/ menyabit/ menjaring/ memukat/menanggu k/memulas/ memerah/menggali/ mencantas.

sekian,terima kasih

EN MOHD SOBRI BIN MOHD ROSDI
SMK AYER HITAM_2010

4 comments:

  1. diharapkan agar pelajar2 rc smk eyer hitam dapat memanfaatkan pemebrian awal tajuk ini kepada mereka..kalau tak faham,jangan segan-silu nak bertanya yer.....gud lux for form 4 A N B...

    ReplyDelete
  2. askum leh tolong aku x??/bg kau situasi penyataan masalah yg megikut tema...pemindahan..tolong la erk...

    ReplyDelete
  3. erm...cm la nie...xtaw maw wat apa rc nie..leh bgie cdangan ka....

    ReplyDelete
  4. mampoih laa,ak satu pa tarak bt lagii

    ReplyDelete